THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, April 12, 2010

Program Lawatan Ke Pulau langkawi 3H 2M

 
                                                                                                                                                        
Sempat lagi pose!!!!
                                                                                                                                                                      
                                                                                                                                                                
 Dari kiri : Apul,Zaida,Kathy,Fatimah & Akhyar              

Rabu, Oktober 28, 2009

Gambaran sekolah yang akan menggantikan SERI.


    Pihak sekolah telah mencadangkan agar sekolah baru dapat dibina bagi menggantikan sekolah yang lama atas faktor bilangan pelajar SERI Saujana Impian ini semakin meningkat.Bangunan 3 tingkat seperti gambar rajah diatas ini mempunyai hampir 15 bilik darjah yang mana setiap satu bilik darjah dapat memuatkan hampir 40 orang pelajar. Kedudukan sekolah ini juga berdekatan dengan surau bagi memudahkan guru-guru dan pelajar sekolah menunaikan solat dengan selesa. Walau bagaimanapun,ini semua hanyalah cadangan yang masih dalam proses. InsyaAllah,mudah-mudahan apa yang pihak sekolah rancang untuk kebaikan bersama mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga apa yang di usahakan dapat dipermudahkan serta mendapat keberkatan dari Allah.

Pengenalan SERI Saujana Impian

SERI SAUJANA IMPIAN


     Sekolah Rendah Islam Saujana Impian atau lebih dikenali dengan nama SERI Saujana Impian dahulunya adalah sebuah KAFA Integrasi Saujana Impian. Walaupun nama sekolah ini telah ditukarkan,namun sistem pembelajarannya tidak berubah. Bangunan sekolah ini merupakan dua buah rumah teres dua tingkat yang telah diubah suai menjadi satu sekolah.
    SERI Saujana Impian ini mempunyai hampir 20 orang kakitangan termasuk guru. Sejak pertama kali sekolah ini dibuka,lebih kurang 30 orang pelajar sahaja yang belajar di sekolah ini. Mungkin disebabkan sekolah ini masih baru pada masa itu. Tetapi kini,pelajar sekolah ini telah meningkat hampir 300 orang. Setiap tahun,bilangan pelajar di sekolah ini semakin meningkat.Ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran di sekolah ini setaraf dengan sekolah rendah agama yang lain. Guru-guru di sekolah ini juga adalah yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    Sekolah Rendah Islam Saujana Impian ini terltak di kawasan Kajang yang beralamat No 20. Jalan Impian Setia 11,Saujana Impian,43000 Kajang, Selangor.
 
     

 

Jumaat, Oktober 02, 2009