SERI SAUJANA IMPIAN

Sekolah Rendah Islam Saujana Impian atau lebih dikenali dengan nama SERI Saujana Impian dahulunya adalah sebuah KAFA Integrasi Saujana Impian. Walaupun nama sekolah ini telah ditukarkan,namun sistem pembelajarannya tidak berubah. Bangunan sekolah ini merupakan dua buah rumah teres dua tingkat yang telah diubah suai menjadi satu sekolah.
SERI Saujana Impian ini mempunyai hampir 20 orang kakitangan termasuk guru. Sejak pertama kali sekolah ini dibuka,lebih kurang 30 orang pelajar sahaja yang belajar di sekolah ini. Mungkin disebabkan sekolah ini masih baru pada masa itu. Tetapi kini,pelajar sekolah ini telah meningkat hampir 300 orang. Setiap tahun,bilangan pelajar di sekolah ini semakin meningkat.Ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran di sekolah ini setaraf dengan sekolah rendah agama yang lain. Guru-guru di sekolah ini juga adalah yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sekolah Rendah Islam Saujana Impian ini terltak di kawasan Kajang yang beralamat No 20. Jalan Impian Setia 11,Saujana Impian,43000 Kajang, Selangor.
0 ulasan:
Catat Ulasan